Monday, May 11, 2009

BiOdAtA A SaMaD SaiD

A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.
Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
PROFIL RINGKAS Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, (1956). Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985), Sasterawan Nusantara (1999). Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan.

No comments:

Post a Comment